Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Thursday, February 24, 2011

9 sebab hati tidak bahagia


AKu Petik ni dari email yang telah diforwardkan....
a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.


b) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


c) Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


d) Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


e) Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


f) Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


g) Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


h) Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


i) Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

hujan rahmat...

aku baru saje pas solat isyak imamkan sarah...tiba2 hujan turun..xder guruh xder kilat...syahdu je malam ni.. tu namanya hujan rahmat... kepala aku agak pening sikit..maybe sebab tekanan keje yang melampau sekarang ni sampai xder mase nak rest langsung...ke sana sini terkejar2...
 abang x balik malam ni sebab kena keje sampai lewat...aku pun dah redha..mmg macam nila hidup aku selepas ni...semakin kerap pulak rase ditinggalkan... tapi 1 mac ni aku kena p ke HOT....he3 ke HQ...ade bengkel MQA01...so aku pulak tinggalkan hubby ngan anak2... nasibla inila hidup orang yang bekerjaya... malam ni masak simple jer... bubur kacang hijau.. x snap gambar pun..maybe xder mood sikit malam ni... berpinar mata ni... ingat bolehla wat soalan final exam.. nampak gayanya mcm kena cancel sebab pening sangat...hujan pulak tu...rase mcm lebih sesuai aku tidur jer..hilangkan pening sebab x cukup tido ngan rehat...

Wednesday, February 16, 2011

malam penyampaian watikah JPP & AKJ

Jam kul 10.30 malam... syukur Alhamdulillah selamat sampai aku ke rumah sebab aku x biasa drive malam2...abg x balik atend course lg..esok baru balik...kenala belajar beranikan diri... terpaksa pergi sebab xder wakil temankan lily sebab KJ xleh turun malam ni.. so aku bertolak pas isyak.. aku ingat nak jadi penonton ajer... rupa2nya sampai part anugerah pelajar jtmk nama aku ngan lily dipanggil utk sampaikan.. huh aku mmg x biasa wat keje2 ni.. lily xperla dah besa mangku KJ dulu..aku ni apela..xpenah hayat aku dok depan pentas sampaikan sijil kat student aku selama hampir 6 tahun berkhidmat ni.. serba x kena aku dok depan tu... nak senyum salah nak masam pun salah... mcm ade yg x kena ngan aku bile berdiri kat depan... x sama rupanya mase ngajar student ngan bila pengarah, TP, KJ2 sendiri menyaksikan kekekokan & nervous aku tu...hish malu betoi... bilerla self confident nak ok ni.. ape perlu aku buat yek...

Tuesday, February 15, 2011

buah tangan buat si dia...

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w... sempena cuti Maulidul Rasul ni..aku x p mana pun sebab petang ni cik abang nak bertolak ke KL selama 2 hari berkursus... siap masak tengahari bagi makan kenyang2 dulu nak jalan jauh... masak veri simple kari ikan bawal, sayur cendawan goreng ngan sambal sotong... menyelerakan jugak... habis lg diet aku...koi bertambah berat badan aku ni.. menemani si dia makan... join sekali..dah setel kemas beg rase mcm nak bekalkan something jer utk dimakan dalam kete nanti... boleh jugak si zaidi kawan dia pekena sekali... x payahla nak berhenti minum petang kat tengah jalan..cepat dan selamat sampai... jam dah kul 3 ptg so aku cadang nak wat donutla... wat ala2 dunkin donut tu..he3.. tp x sempat nak tunggu adunan naik kembang sgt...tapi bolehla utk digoreng... siap kena sentuhan hiasan lagi..aku wat donut bentuk love tapi bila goreng dah x nampak rupa pulak... okla lukis jela coklat tu bentuk love... sempat sebelum bertolak hubby rase dulu... so dia kata sedap... lebih sedap dari dunkin donut...hu3...terhibur hatiku bila mendapat pujian tu...seronok...pasni try resepi lain lg...koi gemukla dua-dua nampaknya... xperla janji sayang dan happy bersama


Donut coklat aku... x guna acuan...so saiz x sama


Saturday, February 12, 2011

Jalan Jalan Cari Ikan

semalam ada pasar sabtu...kat sini pasar tu dari pagi sampai malam... oleh sebab cik abang x balik semalam malas nak p pasar sorang2...tunggu cik abg balik dulu... kul 2 tu p ofis jap kemas barang2 yang nak di masuk ke bilik ofis baru... so dlm kul 4 balik tgk ulangan raja lawak sebab malam semalam x tengok lagi... pas abis raja lawak kami berdua merempit jer p pasar dah puas naik keta sekali sekala merempit mcm best jugak... melalak aqmal tgk umie ngan abah tinggal dia naik berdua jer....awek keta honda dok perhati jer couple naik motor ni... mesti dia ckp..rapat giler minah ni dok atas motor..he3. biarla laki aku...hu3.

sampai pasar aku beli ikan.. abg nak makan ikan bawal masak merah.. beli jugak ikan kerisi favourite dia... jalan2 ternampakla keladi... sejak arwah mak meninggal dah x pernah mkn asam pedas keladi... so aku belila seikat dlm rm2 jer... dah puas pusing beli sayur n buah2an kami pun balik merempit lg... abg bwk laju sebijik mcm mat rempit..takut aku... siap lumba ngan pakcik sebelah...he3...

inila aktiviti hari minggu aku...memasak...hobi yang menguntungkan cik abang ngan anak....bila masak asam pedas keladi ni teringat sgt kat arwah mak ngan arwah kak jah.. diorang suka sgt mkn... keladi ni klu pas pantang xleh makan... mujur fariha dah leh jalan... kira halal berhalal la teringin nak makan... so aku masakala2 org pantang mkn...cuma tambah lada hitam sikit supaya asam pedas tadi panas supaya boleh cover sejuk tu bila masuk dlm perut...tu pertua mak mertua ku... so selesai tumbuk menumbuk inila hasilnya... cik abang x suka asam pedas ngan keladi so aku wat menu lain tuk di ngan anak2... ikan kerisi lada kering tumbuk... ini klu dia makan pasti menjilat jari...mmg dia suka sangat ni... tambah pulak ngan sayur kobis telur turun temurun... arwah mak suka wat ni... kami mmg suka makan termasukla cik abang sorang ni....




lupa pulak...pg tadi sempat aku mengoreng mee hailam... buat 2 version yang pedas ngan x pedas...anak2 ngan bibik sama naik xleh makan pedas...





Friday, February 11, 2011

perjuangan harus diteruskan...

hampir 2 minggu arwah kembali ke rahmatullah...
aku kembali meneruskan hidup dengan kerjaya dan keluarga...
penat & sibuk makin bertambah...rasenya kerja melebihi kemampuan dah...
moga aku dapat atasi semua tanpa mengecewakan mana2 pihak samada family or kerjaya...