Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Monday, October 21, 2013

Pengubat Jiwaku yang Lara

 Oh Adam Mukhriz

Cahaya mata umie.. Mode:Umie tengah bersedih & berkecil hati... Penyejuk mata umie...

My Birthday again..

22 Oktober 2013
Dah semakin meningkat usia.. mudahnya dah semakin tua aku ni..
Alhamdulillah aku dapat segalannya.. cumannya.. nak breakfast bersama pun x sempat disebabkan urusan kerja... nasiblah..
Thanks abang walaupun xder masa tp abang x lupa birthday lah...
Thanks hadiah2 abang untuk lah..
TQ

Wednesday, September 11, 2013

Lawatan Akademik

Latest update kat UniKL.. wakil JTMK

Dah jadi komitmen sebagai Ketua Program kena p buat kolaborasi.. so saya yang menurut perintah ni pun pergila bersama KJ, KP  dan pensyarah yang lain. 


Wednesday, May 22, 2013

Berat aku turun ke x???

arghhh... mampukah aku kembalikan berat badan yang ideal... aku xnak kurus macam b4 kawen.. x cantik pun.. aku cuma nak BMI aku kembali normal jer... aku x sanggup hidup dalam keadaan obesiti.. aku nekad kali ni.. terima kasih my shake sebab dalam sebulan ni aku dah berjaya turunkan 5 kg.. janji kena shake secara konsisten... aku dah berjaya pakai baju-baju kurung moden aku.. kalau x,... pas bersalinkan adam memangla muat lagi tapi i look so sexy..so i dont want.. i just nak pakai baju yang selesa..x menjolokkan mata... harap impian aku terlaksana... harap aku dapatkurangkan lagi berat aku sebelum bekerja pada 14 jun ni... chaiyokk fazilah...

chubby tul muka aku... ni baru abis pantang sebelum berat turun 5 kg...masa ni baru dalam 2 kg turun.. seba diet sikit2 dlm pantang. dalam pantang aku minum shake sekali jer... sekrang dah 3 kali shake....

Exclusive Breastfeeding(bf)

Bestnya bercuti panjang tak sedar masa cepat berlalu. Kurang sebulan lagi aku akan kembali bekerja. kadang-kadang fikir macam nak berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak sendiri.. tapi nak wat camana.. hutang belajar x abis bayar lagi.. kena korbankan sikitla.. Masa Fariha ritu sebenarnya aku dah start nak bf secara exclusive ni.. tapi keadaan masa tu... aku asyik kena outstation sampai fariha merajuk.. 7 bulan dah stop bf.. sangat2 frust. sebab aku mmg dah beli breast pump avent. so kenala semangat tapi nak wat camana... tapi kali ni Adam Mukhriz umie nekad untuk bersungguh2... so ready kalau kena outstation pun stock EBM akan still cukup untuk Adam umie...





Ni stok setakat hari ni... masih ada 3 minggu sebelum aku akan hantar Adam ke taska or pengasuh.. harap sempat kumpulkan sebanyak mungkin.. umie berjanji akan menyusukan Adam berterusan sampai 2 tahun.. xnak minum cap lembu dah...

Tapi kali ni kalau x bersungguh-sungguh saje jerla.. aku siap belikan steril ngan warmer lagi.. pump beli yang baru... beg ebm untukke taska lagi... storage la bagai2 barang untuk bf ni... pelaburan umie kali ni harap berbaloi... sebab umie nak anak2 umie sihat selalu... sarah cukp 2 tahun, Aqmal cuma setahun sebab x cukup... Fariha 7 bulan... so umie harap Adam dapat cecah 2 tahun sayang...

Wednesday, April 10, 2013

Berpantang dengan Herbalife

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 27 aku berpantang. sebelum ni pun aku mmg minum shake ngan tea mix tapi elok nak pulun diet seimbang dengan herbalife dah pregnant. sejak pregnant aku x lalu nak telan shake tu lg. semua makanan kesukaan x lalu.. aku mula dari minggu ke 2 aku pantang. just minum shake sekali jer sehari utk breakfast.. lunch ngan dinner aku kena jugak makan nasi nak pastikan susu untuk Adam Mukhriz still cukup. bila dah masuk minggu ke 3 ni baru aku start minum tea mix sekali sehari. so turun mmg agak slow sebab aku kena seimbangkan semangat nak turunkan berat badan ngan bekalkan susu untuk
 my baby. aku kena pastikan adam menyusu secukupnya susu ibu.. 

yang bestnya walaupun turun slow tapi still dah kurang 2kg dlm masa 3 minggu ni. sebab x ikut jadual shake yg betul. aku main redah ikut sedap aku. sejak minum shake mmg x kecoh nak bangun buat breakfast.. abang siapkan shake terus kuar p keje... senang jer. harap dapat turun 1 kg lagi menjelang Adam sebulan nanti... aku kena pastikan berat aku turun sebelum masuk keje semula.. dah x larat nak naik tangga.. nak amalkan hidup yang sihat dengan amalkan diet yang seimbang. kena senaman jugak kalau sempat ngan baby ni. maklumlah sekarang dah x der bibik.. semua kena handle sendiri.. 1 cara lg utk cepat kurus..hahaha

sejak saqira fitness centre dah beroperasi di butik saqira mudahlah aku nak dapatkan stok herbalife. yg pasti ready duit jer..hu3 
dikna (aziana saqira adik ipar aku)  yg jaga butik sekarang. muda lg dah otak bisness then dia cetuskan fitness centre ni pulak. alhamdulillah amat mengalakkan. kami penyumbang modal sangat happy.. yg penting kena ada usaha & minat. 

next selepas fitness centre tengah renovate bahagian belakang butik untuk jadikan arobik club. tapi kami x handle just bagi sewa kat kawan.

Friday, March 29, 2013

Berpantang lagi...

hari ni dah masuk hari ke 15 aku berpantang. dengan cuaca yang sgt panas sekarang... memang amatlah mencabar berpantang. Adam Mukhriz pun sian sangat panas ruam mudah naik. tapi ni cuma panas didunia...he3 psiko diri sendiri supaya lebih bersyukur dengan ketentuannya. Alhamdulillah Adam x kena kuning langsung. sihat Alhamdulillah.

macam besalah berpantang memang agak membosankan. time adam tido xtahu nak wat apa dah.. so ambik tab ni main facebook ngan update blog. agak2nya apalah org zaman dulu buat masa berpantang. ibu sekarang ni moden. aku banyak baca blog2 pasal penyusuan ibu ngan macam ilmu yang boleh aku tambah sambil dok saje melayan kerenah  Adam ni. anak yang lain dah besar buat hal sendiri... kejap2 dengar bising gaduhla nangisla... kena p pantau gak. kalau time abah dia ada xper sume baik takut sbb abah garang...he3. ni lewat abah balik nak setelkan keje2 sampai malam. banyak projek yang due dekat2. kena banyak bersabar dan bertoleransi.... rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah, cuma kena banyakmberkorban

Thursday, March 21, 2013

Alhamdulillah... selamat melahirkan baby ke4...

15 mac 2013
lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Mukhris oleh bapanya. Alhamdulillah sihat dan x banyak ragamnya. Allah swt makbulkan doa aku semoga dipermudahkan segala urusan daripada melahirkan sehinggalah berpantang sebab utama kerana aku berpantang sendiri tanpa orang tua dan tanpa saudara serta bibik yg dicari2 pun pulak tidak kunjung tiba.,,. aku terima hakikat ini dengan redha. Allah swt tidak akan menguji kita kalau kita tidak mampu melaluinya.. itulah motivasi yang selalu didengari sebelum melalui pengalaman ini. makan minum, pakai aku dalam pantang ni abang yang jaga. walaupun tiada saudara Allah swt bg aku jiran2 yang sangat prihatin. bagi aku kita x perlu meminta untuk mengharapkan simpati sesiapa... kalau kita ikhlas & berbuat baik Allah swt akan balas setiap kebaikkan kita tu. aku bersyukur dengan  sangat2.. pagi ngan petang jiran akan datang tolong mandikan baby. walaupun abg dah siapkan semua utk memudahkan aku mandikan baby sbb kami x berharap akan ada jiran akan dtg setiap hari. tapinternyata kami silap.. hari ni dah hari ke 7 aku berpantang dan setiap hari tula jiran aku datang. alhamdulillah.
aku tidak akan menyesal berbuat kebaikkan lagi selepas ni... biarlah x dapat balasan serta merta tapi asalkan hati kita ikhlas... kita akan dapat kemanisannya kelak. aku berpuas hati dan bahagia dengan anugerah yang tidak ternilai ini.,..