Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Thursday, August 12, 2010

suka duka ramadhan....



hari ni aku tersangatla hepi....pagi jumaat yang indah penuh kedamaian... kursus java hujung bulan ni ditangguhkan sehingga selepas raya... habis segala penyeksaan minda aku..huh3. bukan sebab kena attend course tu.. tp x tahan nak tinggak keluarga di bulan ramadhan yang indah ini.. sesak nafasku hilang serta merta... alhamdulillah.. doaku telah diperkenankan...he3 hari2 aku doa kursus tu batal or tangguh...(jgn marah yer) so aku bole tumpukan kepada keluarga tgk sarah belajar pose... bayangkan kalau mak tinggalkan anak 6 tahuntentu dia sedih sgt... semalam masuk jer keta terus nangis sebab dah lapar sgt.. sampai pening kepala... mujur ader kawan2 dia picikkan kepala.. terus buat permintaan nak makan tu...nak minum ni...aku layan jer.. bawak dia cari air and masak menu kegemaran dia... yang bestnya kelakar pun ader biler berbuka..semua dia makan...sampai kenyang sgt... aku buatkan air bandung + soda... punyer banyak dia minum.. dia cakap "kenapa air ummi buat ni sedap sgt?" aku jawab: "ler selama ni sarah xtau ke ummi buat air memang sedap? itula nikmatnya berbuka bila kita berpuasa...." sambung aku dan dia gelak tanda sgt setuju...tula cabaran seorang ibu... mendidik bukanla semudah yang dibicarakan... kena tau nak jawab persoalan anak2... aku dapat mempelajari sesuatu: itula kasih sayang seorang ibu yang tiada nilainya... hmmm... sehingga sekarang aku rindukan belaian ibu... al-fatihah.


Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan


Ramadhan bakal menjelang... pastinya azam dan matlamat diri untuk memperbaiki segala kekurangan untuk mencari keredhaan Allah swt.. tugas rutin aku semakin mencabar... menjadi seorang isteri dan ibu pastinya memerlukan pengorbanan dan kesabaran... tahun ni Sarah akan mula untuk berpuasa aku akan beri galakkan supaya dia berpuasa... aku mesti kena siapkan sahur yang sedap untuk sarah dan abang... tapi dalam keseronokkan menyambut ramadhan ade jugak kesukaran yang perlu aku tanggung... aku lupa yang aku bekerjaya... hujung bulan ni aku kena pergi kursus seminggu kat ipoh pulak tu... jauh... sibuk sangat aku tahun ni... transformasi Politeknik membuatkan aku semakin sibuk... aku akan cuba jugak menghadapi dugaan hidup ini dengan sabar... aku harap sangat abang dapat memahami tugas aku... aku juga seorang pendidik... aku juga perlukan transformasi dalam hidup... aku juga dalam proses transformasi untuk lebih memahami kerja abang ... abang pun semakin sibuk dengan projek2nya.... semua demi masa depan kami sekeluarga... harap sangat keluarga yang lain dapat memahami transformasi keluarga kami.. Pengorbanan amat perlu untuk mengecapi kebahagiaan.. untuk itu aku dengan seikhlas hati ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah tersakit hati dengan kata-kata, perbuatanku....

Riadah

tiap minggu aku akan cuba untuk bawak anak2 pi taman.. minggu ni lagi seronok diorang sebab dapat pergi bersama sepupu diorang... riuh rendah taman tu dengan kehadiran cucu tokwan..he3. sarah ngan aqmal jarang dapat terlepas macam tu memang best giler la... aku pun ambik kesempatan untuk berjogging dengan diorang... lina pun tengah nak diet so aderla geng p jogging.. tapi frust sikit sebab cume dapat pusing satu pusingan sebab budak2 tu dah letih + asyik nak main buaian kat situ... x sempat nak bakar kalori.. kat rumah lagi best ler pulak... cumer suasana best kot... tenang... lupa sekejap segala masalah.... best lain kali kena ajak abah diorang pulak jogging same2.. bulan pose ni diet makan ler pulak...