Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Monday, December 5, 2011

Di sini merindu...

Dah seminggu berkampung di PSA ni..esok jumaat mg ni ada break 4 hari termasuk cuti hari wesak so bolehla aku balik jumpa family... mesti anak2 pun rindu kat aku..sian diorang kecik2 kena tinggal selalu.. hope diorang dapat memahami kerjaya umie dia ni...dan x salahkan aku,.... aku dah x sabar nak abis kursus ni.. Miss u all

Ombak Rindu...

So nice...

Macam biasa seperti yang dijanjikan aku kuar tengok Ombak Rindu selepas minggu lalu dah tengok twilight Breaking down.. dah jadi rutin aku ngan my hubby kalau ade citer menarik kami pasti carikan masa untuk ber'dating' tengok movie lg tanpa anak-anak.. kebetulan bibik dah ada lagi so ambil kesempatan ini untuk menonton Ombak rindu...aku sangat suka citer ni sebab buat aku merasai zaman2 bercinta balik..macam2 kenangan lampau mengusik hati.. aku memang suka tengok citer cinta.. my hubby ikut aje.. APa pendapat anda biler tengok aaron asyik nangis jer... Bagi aku pulak aku sangat suka bile tengok lelaki nangis.. sebab lelaki terkenal dengan kegarangan & ketegasan mereka so biler sekali sekala tengok diorang nangis aku jadi happy dan sangat berbangga.. aku rase sangat terharu.. tapi rasenya bagi lelaki pulak.. sangat malu menitiskan airmata.. aku sangat suka part Ombak rindu yang aaron nangis tu.. terasa wanita dihargai.. Pendapat orang sume berbeza-beza.. tapi itulah yang terkandung didalam benak hati ini... Harap semua lelaki tidak malu menitiskan airmata kerana anda kelihatan sangat penyayang ketika itu...

Sunday, December 4, 2011

Kerinduanku pada ibu pabila muharram menjelma lagi..

 1st time buat bubur asyura sendiri...

Selalunya arwah mak akan call tanye bila nak balik.. sebab nak ajak aku bersama mengacau bubur asyura sebab aku sorang yang suka giler ngan asyura ni.. tapi tahun ni aku betoi teringin nak makan.. rasa dah lama x makan yg arwah mak masak.. so aku bertekad nak kacau sendiri tapi aku xderla buat 1kg tepung..just buat 1 cawan tepung jer.. dapatla 1 acuan.. okla utk lepaskan teringin tu...