Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Friday, March 29, 2013

Berpantang lagi...

hari ni dah masuk hari ke 15 aku berpantang. dengan cuaca yang sgt panas sekarang... memang amatlah mencabar berpantang. Adam Mukhriz pun sian sangat panas ruam mudah naik. tapi ni cuma panas didunia...he3 psiko diri sendiri supaya lebih bersyukur dengan ketentuannya. Alhamdulillah Adam x kena kuning langsung. sihat Alhamdulillah.

macam besalah berpantang memang agak membosankan. time adam tido xtahu nak wat apa dah.. so ambik tab ni main facebook ngan update blog. agak2nya apalah org zaman dulu buat masa berpantang. ibu sekarang ni moden. aku banyak baca blog2 pasal penyusuan ibu ngan macam ilmu yang boleh aku tambah sambil dok saje melayan kerenah  Adam ni. anak yang lain dah besar buat hal sendiri... kejap2 dengar bising gaduhla nangisla... kena p pantau gak. kalau time abah dia ada xper sume baik takut sbb abah garang...he3. ni lewat abah balik nak setelkan keje2 sampai malam. banyak projek yang due dekat2. kena banyak bersabar dan bertoleransi.... rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah, cuma kena banyakmberkorban

Thursday, March 21, 2013

Alhamdulillah... selamat melahirkan baby ke4...

15 mac 2013
lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Mukhris oleh bapanya. Alhamdulillah sihat dan x banyak ragamnya. Allah swt makbulkan doa aku semoga dipermudahkan segala urusan daripada melahirkan sehinggalah berpantang sebab utama kerana aku berpantang sendiri tanpa orang tua dan tanpa saudara serta bibik yg dicari2 pun pulak tidak kunjung tiba.,,. aku terima hakikat ini dengan redha. Allah swt tidak akan menguji kita kalau kita tidak mampu melaluinya.. itulah motivasi yang selalu didengari sebelum melalui pengalaman ini. makan minum, pakai aku dalam pantang ni abang yang jaga. walaupun tiada saudara Allah swt bg aku jiran2 yang sangat prihatin. bagi aku kita x perlu meminta untuk mengharapkan simpati sesiapa... kalau kita ikhlas & berbuat baik Allah swt akan balas setiap kebaikkan kita tu. aku bersyukur dengan  sangat2.. pagi ngan petang jiran akan datang tolong mandikan baby. walaupun abg dah siapkan semua utk memudahkan aku mandikan baby sbb kami x berharap akan ada jiran akan dtg setiap hari. tapinternyata kami silap.. hari ni dah hari ke 7 aku berpantang dan setiap hari tula jiran aku datang. alhamdulillah.
aku tidak akan menyesal berbuat kebaikkan lagi selepas ni... biarlah x dapat balasan serta merta tapi asalkan hati kita ikhlas... kita akan dapat kemanisannya kelak. aku berpuas hati dan bahagia dengan anugerah yang tidak ternilai ini.,..