Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Thursday, July 29, 2010

keje...keje

kena datang meeting cum bengkel semak kurikulum lg... ni dah 4 hari kat summit hotel.. letih rasenya nak bertahan lagi sehari ni.. penat sebenarnya tapi kena jugak hadir sebab xder orang yang boleh ganti aku untuk ke bengkel ni...aku dah datang 2 sesi so kena habiskan sampai sesi 3 ni... sian anak-anak... sian abang sebab kena bangun wat susu ganti aku... thanks abang. sori nyusahkan abang... consider abang buatkan hati lah lebih tenang nak wat keje kat sini... pas ni lah pun kena lebih2 memahami keje abang yang sgt2 sibuk tu sampai siap semua progress..he3.

Friday, July 23, 2010

beautiful day...

cuaca suram pagi ni..mendung macam nak hujan.. pagi sabtu aku meneruskan rutin hidup bersama anak-anak dan suami... tapi agak berbeza sekarang.. aku hanya dengan anak-anak. kadangkala melayan karenah diorang... ni diorang main ngan kawan-kawan.. so sempatla aku mencoret dalam blog ni... abah diorang busy sikit sekarang ni.. hari sabtu pun kena p keje.. work under preasure.. aku kena banyak bersabar.. tapi kalau pikir rasional kira fair sebab minggu depan aku kena p meeting seminggu kat summit hotel.. langsung tinggal diorang.. sanggup pulak nak hantar aku p sana, padahal aku boleh suruh driver hantar jer..tapi aku rase lebih selesa dan selamat kalau bersamanya... thanks sangat..aku sangat terharu and very appreciate that... aku pun semakin sibuk.. jadi elok kalau same2 try to understand each other.. all this for our joy and happiness... Hope so, after this I may change my mind and try to understand him better because I really need and love him in my life...

Tuesday, July 13, 2010

demi kakak tercinta....

13/7/2010 .... seperti telah dijanjikan kami adik-beradik seramai 7 orang bersama-sama berada di hospital Ampang untuk menjalani pemeriksaan darah dan sekiranya sepadan doktor akan melakukan blood transplant... namun hasil ujian darah hanya akan diketahui dalam 2 minggu akan datang.. kami hanya mampu menunggu untuk saat itu.. kami telah bertolak dari Kuantan - Muadzam Shah - Ampang... pada 12/7/2010 pada jam 9.30 malam. suamiku memandu kerana hanya dia yang lebih memahami selok belok jalan sekitar ampang tu... tiba di Ampang pada jam 12.30 malam dan kami merayau2 sekitar ampang utk mencari tempat utk menginap.. Akhirnya kami menginap di Hotel Caliber kerana itulah satu2 nya hotel yang paling berdekatan dengan Hospital Ampang sebab kami perlu berada di Hospital pada jam 7.30 pagi... aku menempah 3 bilik dengan menggunakan id aku dapat diskaun sikit... okla.. sekali sekala untuk adik-adik aku.. itula pertama kali amir merasa tido kat hotel.. kelakar jugak tengok dia... pulun dia makan nasi yang aku masak sebelum bertolak tadi sebab dah lapar sgt kot...he3 siap nasha wat video kat dia..he3

Setiba di Hospital kami menunggu kejap sementara nurse2 nak ready...ha sempat lg berposing ni...

mase ambil darah yang paling takut idah...suara dia je yang dengar kat situ...aku jadi yang last sekali sebab nurse tu kata orang yang dah besa biar last sebab xkan takut... coie pulak sampai 3 kali cucuk x jumpa urat darah degil xnak kuar... nasha pulak paling sempoi..kejap jer urat dia dah timbul...

Balik tu...kami singgah kat hotel ambil abang sebab dia x terlibat untuk pemeriksaan darah tu... coie tinggal motor kat hospital sebab nak ajak kami makan satay kajang... jadi kami sumbat jugak sampai muat 8 orang dlm wald tu...kami makan satay sebab coie yang nak belanje... bukan senang ni nak dapat peluang coie belanja..he3...kami makan kejap jer..dah makan teringat nak bawak adik2 aku gi jalan kat one utama...sempat jugak aku rembat baju untuk sarah ngan aqmal.. beli t-shirt kat nasha ngan amir..cian amir baju pun dah x bape elok...klu arwah mak ader mesti xkan jadi gini... aku pulak dok jauh manala nak perasan amir ader baju baru ke x... harapkan orang memangla xleh harap...sempat pulak idah beli perfume untuk hantaran kawen...

Dah penat kami bertolak ke hospital untuk ambil motor coie...hari nak hujan abisla coie ngan motor egos nye... keta masuk workshop pulak... dah setel semua kami bertolak...sampai kat senawang perut dah berkeroncong sebab makan satay je lunch td...sampai kat jempol nampak ader pasar minggu...aku, lina ngan idah turun beli makanan dulu...lina beli kopok ngan air.. aku pulak beli ayam goreng...terkejut makcik yg jual sebab sekali beli RM30 terus...hu3.. masuk je dlm keta aku terus gigit ayam dengan nikmatnya...huh lega bole tenang dah perut kami semua...

aku call wawa jer...order lauk utk malam ni...lepas makan, mandi dan rehat abang jie, lina, idah, nasha dan amir pun bertolak ke Kuantan semula...itula alkisahnya... mungkin pas ni ader lg trip ke Ampang kalau darah kami sepadan untuk didermakan kepada kak Jah..harap aderla yang sangkut...Amin..

Friday, July 9, 2010

Kira BMI Anda



Jika BMI anda :

Kurang dari 18.5 - Kurang berat badan
18.5 - 24.9 - Normal
25 - 30 - Lebih berat badan
30 dan ke atas - Obes


Kalau ikutkan nilai BMI kat atas ni aku sendiri dah lama mengabaikan kesihatan aku...aku dah lama x menjaga berat badan.. kalau perhatikan dalam masa 7 tahun ni berat badan aku naik secara mendadak.mulanya selepas berkahwin..bila aku start jadi suri aku asyik memasak makan kesukaan suami dan anak2.. tapi suami bukanla orang yang pemakan orangnya jadi takut membazir aku akan cuba untk habiskan makanan... akhirnya x sedar pun badan dah semakin naik... yang sempat aku perasan 50 ke 55 ke 65 ke 70 ke 75kg. last sekali selepas melahirkan anak yang ke-3. sekarang tugas aku untuk turunkan berat badan terasa amat sukar..namun aku akan cuba untuk menjayakannya juga.. ikutilah kisah selanjutnya dalam aku menjayakan tugasan ini... hope after raya ni ade perubahan sikit.. Sekarang aku dah berjaya menurunkan 3kg dalam masa sebulan.. hanya dengan mengambil produk herbalife.. aku akan tunjukkan testimoni ini sekirannya berjaya...Amin.


Thursday, July 8, 2010

my responsibility...


pagi jumaat yang indah ini... aku bangun pagi seperti biasa utk meneruskan lagi perjalanan hidup utk hari ini... hari ni kena hantar sarah p sekolah.. abg sakit gigi pulak.. biarla rehat jer... nak p keje lg.. kelas hari ni start kul 8 pg.. abis kul 10 tadi.. tiba2 datang anak PA aku cakap seorang daripada kawannya sesak nafas kat asrama. hari ni warden2 xderla pulak.. nak xnak akula yang p hantar ke hospital.. masuk ke Emergency Room terus... maybe kena tahan wad.. aku kena balik ofis dulu settle keje.. pasni kena p tgk student tadi pulak.. dah call ayah dia inform pasal anak dia... student tu confirm kena tahan wad sebab melibatkan asma dan jantung. bersama kita doakan kesihatan student tu... itula antara tugas-tugasku selain daripada mengajar,....

Happy Birthday to you...


Tanggal 5 July 2010 merupakan hari lahir suamiku... aku rancang nak celebrate birthday abang & buat surprise sikit.. mujur idah sporting... nak datang muadzam so aku kirim beli kek secret receipe.. chocolate strawberry... hari tu aku buat awal sikit sebab 5hb tu hari isnin so aku buat hari sabtu ramaila sikit bole datang... so siap semua berkumpul rumah aku... malam tu biler abg balik.. aku keluarkan kek suh potong... aku belikan abg hadiah wallet tahun ni... rembat jer kat kedai sembonia...tp yg penting cantik dan abg suka... yg best sebab abg terharu sgt mlm tu... sekali sekala penat abg akan hilang biler lah tunjukkan betapa lah hargai dan sayangkan abg... semoaga abg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... selamat hari lahir yang ke 31 tahun... moga hajat kita tercapai dan diberkati Allah swt

Kelahiran yang indah...


tahun 2009 aku melahirkan seorang lagi baby perempuan yang diberi nama Ainul Fariha bt Azizi.. alhamdulillah sejak kelahirannya rezeki kami semakin bertambah..aku bersyukur kerana perubahan ini..namun begitu pelbagai jua dugaan dan cabaran yang perlu kami tempuhi..aku akan cuba berdepan dengan segala ujian dengan tabah..insyaallah...

pengorbanan seorang suami...


setelah ditinggalkan oleh ibu tercinta pada tahun 2007 kini sekali lagi ujian tiba apabila kakakku didapati menghidap penyakit lukimea setelah melahirkan baby kelimanya baru2 ini... namun kami cuba berdepan dengan tenang...13/7/2010 kami adik-beradik akan mendermakan darah kepada beliau...harap sel darah kami sepadan dengannya...terima kasih x terhingga buat suamiku tercinta kerana menyokongku dan keluarga ku...sanggup untuk menemani kami semua...alhamdulillah kerana Allah swt menemukan jodohku...moga abang diberkati Allah swt selalu...i love u so much..
moga kerjaya abang semakin berkembang...

Wednesday, July 7, 2010

Kerjaya ditempat baru..


Setelah berpindah rutin hidupku mulai bertukar...semakin penuh jadual yang perlu disusun dengan baik..tugas sebagai seorang pendidik, suri, ibu kepada 3 orang cahaya mata dan isteri..semua perlu diatur dengan teliti...aku semakin sibuk..sehingga mula lupakan blog ini...hingga hari ini aku ingin teruskan penulisan dan bermacam cerita di tahun 2010 ini... akan menyusul pelbagai cerita selepas ini...