Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Thursday, October 16, 2008

Aqmal & Sarah

Nak citer sikit pasal Aqmal & Sarah (anak2 aku)... membesarkan anak tidak semudah yang kita sangka..kalau dulu kita pernah melukakan hati kedua orang tua,, hari ni kita akan merasakan semuanya..keletah aqmal memang menceriakan maklumlah dah belajar menjulur sikit lagi dah nak merangkak pulak..abis satu rumah dia dah tawaf..he3. penat jugak jadi ibu berkerjaya ni..balik umah kena fikir pulak anak nak tawaf rumah..bersih ke x lantai tu...dah nak kena sapu & mop lantai..susah2 vacuum jer..aktiviti harian dah bertambah.. balik jer kerja kena pastikan semua ok untuk anak2 aku. Pasal makan Aqmal no 1..dah 8 kg dah. kalau dukung dia sekejap jer tahan pastu sakit bahu..Sarah yang susah nak makan..aku cukup susah hati dengan dia. balik rumah aku dah try nak bagi dia makan tp cukup susah. kadang2 aku masak dia x makan..beli pun x makan. sampai satu tahap aku asyik membuang jer..membazir semua tu.. satu malam dah pukul 10.30 malam..aku dah ready nak tidur semua dah clear dah..baju dah gosok, lantai dah berkilat...tiba2 sarah mintak nak makan nasi... nak xnak aku bangun masak untuk dia..makanla sikit x padan ngan nak masak...tapi dah dia mintak kena jugak masak. macam tula jadi ibu..kalau kita rase susah macam tula jugak ibu aku dulu susah nak jaga aku nih...he3. tapi anak2 nilah permata hati aku bila kesunyian...
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

1 comment:

  1. bestnya ada anak2 yang comel dan cute seperti aqmal dan sarah.. budak2 tengah membesar.. biasalah tu dengan perangai masing2.. betul kata kak zie tu.. kalo seorang ibu boleh membesarkan 10 orang anaknya.. kita yang baru 2-3 anak nie kena lah banyak2 bersabar dan cuba menghargai pengorbanan ibu kita dalam membesarkan kita adik beradik dulu... Semoga kak zie memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat akak kuat, cukup penderitaan untuk membuat akak menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat akak berbahagia selamanya...

    ReplyDelete