Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Sunday, September 14, 2008

Aku & blog ini...

Kenapa aku create blog ni?? Teringat aku pada hidupku yang lalu.. masa tu aku seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan, kalau ade pun kawan-kawan biasa yang tidak boleh ku anggap teman karibku. ingat lagi mase di sekolah rendah aku cume ade seorang kawan yang paling karib yang aku hanya panggil kak yong. tapi dia juga sudah membawa haluan sendiri sejak kecewa kerana tidak dapat masuk asrama bersamaku..sejak itu kami terputus hubungan..aderla kami pernah berjumpa semasa hari raya tapi sejak aku mendirikan rumah tangga langsung tiada kabar berita. Balik semula kenapa aku menulis dalam blog ini...semasa aku tinggal diasrama aku selalu kesunyian..aku sukar menjalinkan persahabatan..tidak tahu kenapa..jadi aku selalu mencoretkan luahan hati aku pada sebuah buku...ala2 diari tapi mase tu tidak berduit sangat jadi nak beli diari pun x mampu...dah lama tinggalkan hobi tu..tapi akhir2 ini aku rase tergerak untuk menulis kembali...hanya untuk releasekan semua yang terbuku di dalam hati.....

No comments:

Post a Comment