Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Thursday, March 21, 2013

Alhamdulillah... selamat melahirkan baby ke4...

15 mac 2013
lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Mukhris oleh bapanya. Alhamdulillah sihat dan x banyak ragamnya. Allah swt makbulkan doa aku semoga dipermudahkan segala urusan daripada melahirkan sehinggalah berpantang sebab utama kerana aku berpantang sendiri tanpa orang tua dan tanpa saudara serta bibik yg dicari2 pun pulak tidak kunjung tiba.,,. aku terima hakikat ini dengan redha. Allah swt tidak akan menguji kita kalau kita tidak mampu melaluinya.. itulah motivasi yang selalu didengari sebelum melalui pengalaman ini. makan minum, pakai aku dalam pantang ni abang yang jaga. walaupun tiada saudara Allah swt bg aku jiran2 yang sangat prihatin. bagi aku kita x perlu meminta untuk mengharapkan simpati sesiapa... kalau kita ikhlas & berbuat baik Allah swt akan balas setiap kebaikkan kita tu. aku bersyukur dengan  sangat2.. pagi ngan petang jiran akan datang tolong mandikan baby. walaupun abg dah siapkan semua utk memudahkan aku mandikan baby sbb kami x berharap akan ada jiran akan dtg setiap hari. tapinternyata kami silap.. hari ni dah hari ke 7 aku berpantang dan setiap hari tula jiran aku datang. alhamdulillah.
aku tidak akan menyesal berbuat kebaikkan lagi selepas ni... biarlah x dapat balasan serta merta tapi asalkan hati kita ikhlas... kita akan dapat kemanisannya kelak. aku berpuas hati dan bahagia dengan anugerah yang tidak ternilai ini.,..


3 comments:

  1. sedap nama baby.. adam mukhriz.. nanti klu ada rezeko baby girl ain hawani plak ye...hehhee.. selamat berpantang Lah. Jaga diri baik2 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3...ema.. thanks. Berpantang en abg yg jaga... best suka hati

      Delete
  2. Bila ntah dapat jumpa Lah.. lama dah x jumpa kan.. last kat UUM

    ReplyDelete