Memori Terindah Dalam Hidupku...

Memori Terindah Dalam Hidupku...

Friday, October 31, 2008

Pantang wanita kalau lelaki sebegini...

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya,buka pintu, buat kopi,angkat kasutdan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek je terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Terpikat dengan satu artikel (x ingat ambik kat mana). Memang bersetuju sangat dengan 9 perkara ni..he3


Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Thursday, October 30, 2008

Berakhirkah Cinta Selepas Perkahwinan?


Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.. Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu.

Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan. Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga.

Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing….Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.



Friends vs BestFriends

cemburu vs PJJ

Wednesday, October 29, 2008

Pilihan hati

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan.”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah.” Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya. ” Mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.”

Perkahwinan


Pernikahan...

Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".

J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. .....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang = membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya.

Thursday, October 16, 2008

Aqmal & Sarah

Nak citer sikit pasal Aqmal & Sarah (anak2 aku)... membesarkan anak tidak semudah yang kita sangka..kalau dulu kita pernah melukakan hati kedua orang tua,, hari ni kita akan merasakan semuanya..keletah aqmal memang menceriakan maklumlah dah belajar menjulur sikit lagi dah nak merangkak pulak..abis satu rumah dia dah tawaf..he3. penat jugak jadi ibu berkerjaya ni..balik umah kena fikir pulak anak nak tawaf rumah..bersih ke x lantai tu...dah nak kena sapu & mop lantai..susah2 vacuum jer..aktiviti harian dah bertambah.. balik jer kerja kena pastikan semua ok untuk anak2 aku. Pasal makan Aqmal no 1..dah 8 kg dah. kalau dukung dia sekejap jer tahan pastu sakit bahu..Sarah yang susah nak makan..aku cukup susah hati dengan dia. balik rumah aku dah try nak bagi dia makan tp cukup susah. kadang2 aku masak dia x makan..beli pun x makan. sampai satu tahap aku asyik membuang jer..membazir semua tu.. satu malam dah pukul 10.30 malam..aku dah ready nak tidur semua dah clear dah..baju dah gosok, lantai dah berkilat...tiba2 sarah mintak nak makan nasi... nak xnak aku bangun masak untuk dia..makanla sikit x padan ngan nak masak...tapi dah dia mintak kena jugak masak. macam tula jadi ibu..kalau kita rase susah macam tula jugak ibu aku dulu susah nak jaga aku nih...he3. tapi anak2 nilah permata hati aku bila kesunyian...
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Wednesday, October 15, 2008

sekilas pandang...

Sekilas pandang wajah2 ceria keluargaku semasa Hari Raya Aidilfitri 2008....pagi raya kami sekeluarga ke pusara arwah mak termasuk makcik baru aku...

Medung tidak selamanya....

Penantian aku harapkan berakhir... walaupun belum pasti aku akan bersama dengan suami tapi dengan usaha acapkali pasti akan membuahkan hasilnya.. surat permohonanku berjaya keluar...kalau sebelum ni memang susah dengan status dulu..sekarang harapan sedikit cerah... aku doakan semua proses berjalan lancar dan hajat aku akan tertunai. walaupun ramai yang berkata agak susah untuk mendapatkannya begitu pantas tapi berkat usaha & tawakkal kejayaan itu pasti milik aku. bersama-samalah berdoa untuk berakhirnya sebuah penantian & akhirnya medung pun berlalu...Amin.

Hati seorang ibu...



Aku dikejutkan lagi... kalau dulu sarah sekarang Aqmal pulak. muntah2 banyak kali. aku dah cuak sangat malam tu. aku sebenarnya takut drive malam2 tapi terpaksa memberanikan diri untuk anak2 aku. aku malas nak kacau orang malam2 ni. so aku siap bawak anak2 p klinik. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya... mujur doktor kata demam biasa je.. banyak kali jugak aqmal terjaga muntah malam2. Kadangkala terasa letih tapi aku mesti kena kuat untuk anak2. tak sabar nak pindah dekat dengan suami..nak jugak rasa macam orang lain rasa...Ya Allah kuatkan hatiku...

Monday, October 13, 2008

Wanita yang suka menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau
menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki
dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya
dia mengetahui...

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kau tahu:

" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk
memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah
harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,


supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali..


bukan pada kecantikan luaran semata-mata..


Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah...,
....Setiap Wanita itu Cantik...


"aku menyintaimu kerana aGama yang ada paDamu, jika kau hiLangkan aGama daLam diRimu,hiLanglah cintaku padamu ~iMam naWawi"